Format baharu isytihar harta MP, anggota pentadbiran dikuatkuasa semula – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selaras dengan prinsip ketelusan Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) membincangkan tentang format baharu pengisytiharan harta oleh anggota pentadbiran dan ahli Parlimen untuk dikuatkuatkuasakan semula.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, format baharu ini akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Menurut beliau, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang pada hari ini telah membincangkan langkah pemantapan tatakelola Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui pengukuhan pelaksanaan peraturan dan prosedur pengurusan Badan Berkanun Persekutuan.

Justeru kata Anwar, satu garis panduan yang baharu telah dipersetujui untuk menggantikan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998 dengan menggariskan beberapa pembaharuan berhubung pengukuhan tatakelola.

“Iaitu memperkukuh proses pelantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah BBP berdasarkan kriteria yang telus serta mewajibkan proses penilaian wajar melalui semakan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), insolvensi dan tapisan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Program pembangunan kapasiti Ahli Lembaga Pengarah BBP turut ditekankan dalam garis panduan ini.

“Memperkasa peranan Audit Dalam secara menyeluruh di peringkat Badan Berkanun Persekutuan termasuk syarikat dan perbadanan BBP.

“Memperkukuh struktur dan komposisi keahlian Lembaga Pengarah dengan mewajibkan penglibatan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan
Perdana Menteri (ICU JPM) khususnya kepada BBP yang menerima peruntukan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT),” katanya.

Selain itu ujar Anwar lagi, kerajaan akan memperkukuh pengesanan, kawal selia dan tatakelola BBP melalui platform yang dikenali sebagai Sistem Badan Berkanun (SBSys) bagi tujuan pelaporan berkala kepada Perdana Menteri.

“Badan Berkanun merupakan salah satu cabang sektor awam yang penting dan memerlukan pengurusan tatakelola yang baik. Sumbangan Badan Berkanun sebagai Badan Awam bukan sahaja mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara tetapi ia juga menjadi penyokong kepada pelaksanaan strategi oleh agensi pusat serta Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain.

“Melalui Pantau MADANI, pemantauan Badan Berkanun Persekutuan akan dilaksanakan dengan lebih berkesan melalui pemerkasaan peranan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU, JPM), Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara serta Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU, JPM),” katanya.

Anwar menyebut, pelaksanaan Garis Panduan ini adalah menjadi keutamaan untuk mendukung agenda MADANI melalui pemerkasaan BBP.

“Kerajaan kekal komited untuk memperkukuh agenda tatakelola baik selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat