Langkah London hanya spekulasi

- Advertisement -

Oleh: Nik Syukri Ramli

KUANTAN : Isu ‘Langkah London’ yang dikaitkan segelintir pemimpin daripada Umno dan pembangkang hanyalah spekulasi.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata beliau tidak mengetahui sejauh mana kebenaran mengenai perkara terbabit.

“Saya tidak tahu setakat mana benar atau tidak ‘Langkah London’ ini sebab ramai orang bercuti di London lepas tu diaorang tiba-tiba duduk (semeja), tak semestinya perkara itu ada langkah-langkah tertentu jadi saya kira itu spekulasi.

“Langkah London ini spekulasi, saya tidak ada rekod bahawa ada pihak-pihak tertentu yang betul membuat mesyuarat sebab kalau mereka nak mesyuarat, mereka boleh mesyuarat di mana-mana, apa hal jauh sangat.

“Jadi kebetulan (mereka) cuti saya rasa, takkan tak boleh berjumpa minum kopi, jadi jangan risau sangatlah bab-bab begitu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis taklimat isu semasa bersama perwakilan Umno Pahang di Kuantan, petang tadi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 5 Januari lalu turut enggan mengulas ketika ditanya mengenai spekulasi terdapat percaturan menjatuhkan kerajaan sedia ada yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya mendengar khabar angin.

“Saya tidak membuat keputusan berdasarkan khabar angin,” katanya.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini turut menafikan beliau mempunyai kaitan dengan perkara itu dan menyifatkannya sebagai satu ‘fitnah’ dan mempunyai niat jahat.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan khabar angin berhubung ‘Langkah London’ bagi menjatuhkan kerajaan perpaduan sebagai terlalu ‘jauh’ berbanding “Langkah Kajang’.

Perdana Menteri memberi respon sinis itu apabila ditanya mengenai dakwaan beberapa pemimpin mengadakan pertemuan di London bagi tujuan berkenaan.

“Langkah London itu jauh sangat, murah lagi buat ‘Langkah Kajang’,” katanya ringkas selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Aman, kelmarin.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat