Kerajaan Negeri Pimpinan Saya Masih Utuh, Kuat – Hajiji

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata kumpulannya mempunyai sokongan majoriti seramai 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk terus mentadbir Sabah.

Beliau berkata, jumlah itu merangkumi ADUN Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pakatan Harapan (PH) Sabah dan lima ADUN UMNO yang tidak menyertai gerakan dilakukan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Ia juga termasuk masing-masing seorang ADUN Dilantik mewakili PAS, ADUN Bebas dan ADUN Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS).

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, dengan jumlah itu, kerajaan sedia yang yang dipimpinnya masih kukuh untuk terus mentadbir negeri.

“Kita mempunyai sokongan majoriti seramai 44 ADUN di Dewan Undangan Negeri (DUN). Ini bermakna kerajaan yang ada ini, yang saya pimpin ini masih lagi utuh dan kuat dan akan terus mentadbir Sabah,” katanya selepas perjumpaan bersama semua ADUN di kediaman Rasmi Ketua Menteri Sabah, di sini, hari ini.

Hajiji turut mengesahkan sudah menghantar akuan bersumpah (SD) 44 ADUN yang menyokongnya ke Istana Seri Kinabalu, ketika perjumpaan dengan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, semalam.

Mengenai isu perlembagaan yang dibangkitkan Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan (WARISAN), beliau berkata, perkara itu boleh dibawa ke mahkamah untuk diselesaikan.

Bung Moktar dan Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony sebelum ini membangkitkan Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah yang antara lain menetapkan seseorang Ketua Menteri mesti seorang ketua parti yang mendapat sokongan majoriti ADUN.

Mereka mendakwa Hajiji sudah hilang sokongan majoriti berikutan tindakan UMNO BN menarik balik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Berikutan itu, ketiga-tiga pemimpin terbabit memohon Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin untuk melaksanakan fungsi selaku Ketua Negeri dengan menyemak pelantikan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah mengikut Perkara 6(3) Perlembagaan Negeri Sabah yang dibaca bersama Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat