Skuad Harimau Malaya Selamat Tiba Di Thailand

- Advertisement -

BANGKOK – Tidak sampai 24 jam ‘bertarung’ di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, skuad Harimau Malaya akhirnya tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, kira kira jam 4 petang waktu tempatan.

Skuad bimbingan Kim Pan Gon itu bakal meneruskan misi memburu tiket ke final Piala AFF 2022 berdepan Thailand di Stadium Thammasat, Selasa ini.

Baru sahaja dikerah malam tadi, namun pemain skuad kebangsaan tampak berada dalam keadaan yang ceria dan ‘mood’ pasukan juga berada dalam keadaan terbaik.

Skuad kebangsaan membawa bekalan satu gol menuju ke aksi kedua selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas skuad Gajah Perang di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Jaringan Faisal Halim pada minit ke-11 sudah cukup untuk menjadi pemisah buat kedua-kedua pasukan sekali gus menyaksikan keputusan seri sudah cukup buat Malaysia meneruskan kemaraan.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia layak ke final Piala AFF adalah pada 2018 – juga menyingkirkan lawan sama namun menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas terikat 2-2 secara agregat. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,462FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat