Tips Jika Berkawan Dengan PAS – Saifuddin Nasution

- Advertisement -

KUALA LUMPUR –PKR terbuka berkongsi pengalaman bersekutu dengan PAS mendepani empat penggal pilihan raya umum (PRU) bersama kawan baru parti Islam itu yakni UMNO.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri  dalam Saifuddin Nasution forum bersama Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi menitipkan tips dan persediaan yang perlu dihadapi UMNO dalam menjalin muafakat politik dengan PAS.

Dalam sesi temubual itu, Saifuddin memberitahu sejarah pengalaman PKR bekerjama dengan PAS dan BERSATU namun, kedua-duanya berakhir dengan pengkhianatan.

“Pengalaman berdamping dengan PAS itu UMNO boleh belajar dengan PKR. Kami lama berkawan dengan PAS dari Barisan Alternatif kemudian Pakatan Rakyat, pengalaman ini UMNO boleh belajar.

“PRU 1999, 2004, 2008, 2013 PKR kerjasama dengan PAS, pengalaman ini UMNO boleh belajar malah memang saya bersedia dan terbuka kalau (UMNO) nak belajar dengan kami (PKR).

“Maknanya kalau kejujuran politik itu bermaksud bila kita berunding dengan parti ini diikat dengan perjanjian bertulis misalnya kami (PKR) dengan BERSATU pernah lalui kemudian perjanjian itu dikhianati begitu juga ketika kami dengan PAS pun pernah lalui itu.

“Misalnya sudah sepakat bahagi kerusi ini PKR tanding, kerusi ini PAS, kerusi ini DAP. Semua setuju dan tandatangan selesai bab rundingan agihan kerusi.

“Tapi apabila datang hari penamaan calon PAS pun hantar calon berlawan dengan PKR, (situasi) ini berlaku di banyak tempat jadi. Maka inilah maksudnya kejujuran politik,” beritahu Saifuddin.

Beliau menambah peristiwa teladan lain iaitu perbincangan sesama sekutu politik sebelum pilihan raya bahawa jika Pakatan Rakyat mendapat mandat daripada rakyat untuk bentuk kerajaan calon Perdana Menteri kita ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu sekali dimumkan pada 2008 dan 2013.

“Sebulan sebelum pembubaran Parlimen pimpinan PAS panggil (mesyuarat) saya ingat lagi di Hotel Concorde Shah Alam dipengerusikan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Aziz, hadir sama allahyarham Datuk Dr Haron Din, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada, Datuk Mustafa Ali ada, saya hadir, Anwar dan hadir .

“Topik perbincangan waktu itu ialah bila pimpinan PAS maklumkan kepada kami PKR bahawa PAS memilih Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya 2013.

“Ha engkau.. saya bertanya pada waktu itu bukankah kita dalam Pakatan Rakyat ini bersetuju untuk Datuk Seri Anwar…Namun, kata PAS, pendekatan Islam PAS adalah kita tidak menamakan Perdana Menteri sebelum menang pilihan raya.

“Kedua, kita (PAS) tak akan menyokong orang yang hadap sangat nak sesuatu jawatan. Lalu PAS memilih Tengku Razaleigh dan perkara ini disampaikan kepada kami sebulan sebelum pilihan raya 2013, bayangkan waktu itu.

“Saya tanya apa asas sokongan PAS? Katanya, Tengku Razaleigh mendapat sokongan Sabah Sarawak, dapat dokongan Majlis Raja-raja, dapat dokongan bukan Melayu, dapat dokongan anak-anak muda yang semua Anwar tak dapat,” jelas beliau.
Malah kata Saifuddin, PAS memberitahu perubahan itu dilakukan secara rundingan terus.

“ Saya masih ingat Nik Aziz tanya Tengku Razaleigh setuju dah ke tu? Hadi awang kata setuju,setuju kita jumpa empat, lima kali dah.

“Saya tanya pimpinan PAS yang lain, PAS dah bincang ke dalam jawatankuasa PAS? Kata mereka tak ada kita tak pernah bincang pun tajuk itu,” katanya.

Saifuddin memberitahu Puad, maksudnya berkawan dengan PAS ini membuat keputusan walaupun ada jawatankuasa pusat, dewan harian, tapi semua yang datang daripada Presiden PAS adalah keputusan.

“Tips pertama saya kepada Datuk Puad apabila menjalin kerjasama muafakat dengan PAS ingat balik pesan dan nasihat saya.

“Ini konteks kejujuran politik,” tegas beliau

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat