Annuar Musa ‘lidah biawak’- Guan Eng

- Advertisement -

GEORGETOWN – Terpalit krisis politik ‘rumah tangga’ UMNO membuatkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng naik berang dan menyifatkan Tan Sri Annuar Musa seperti seorang ‘lidah biawak’ apabila cuba melibatkan DAP.

Bahkan Guan Eng menganggap bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu sebagai hilang kewibawaan dan tidak ikhlas sekali gus mengingatkan Ahli Parlimen Ketereh berkenaan supaya tidak mempergunakan DAP untuk menyelamatkan karier politiknya.

Memetik laporan Utusan Maaysia, Ahli Parlimen Bagan itu berkata, dakwaan Annuar kononnya ada kerjasama antara DAP dan pemimpin UMNO untuk membentuk pakatan baharu di peringkat Kerajaan Pusat sama sekali tidak benar dan tidak berasas.

Malah, Guan Eng turut menegaskan beliau lebih banyak berkomunikasi dengan Annuar berbanding Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahupun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jika saya berbual dengan Annuar sebagai menteri lebih banyak daripada Zahid atau Najib, jadi bagaimana beliau boleh sebut ada kerjasama antara DAP untuk bentuk kerajaan dengan UMNO sedangkan perkara ini tidak pernah dibincangkan?

“Saya melihat Annuar mahu menjual UMNO untuk Bersatu, tapi jika mahu melakukan perkara itu sekali pun, jangan perdagangkan DAP, kerana kita tidak terlibat langsung,” katanya memetik laporan itu pada sidang media di Pulau Pinang, hari ini.

6 Januari lalu, Annuar dalam sidang akhbarnya selepas dipecat sebagai Setiausaha Agung BN semalam mendakwa, UMNO kini sedang bersiap untuk bekerjasama dengan DAP untuk membentuk kerajaan baharu.

Memperkuatkan dakwaan itu, kata Annuar, ahli-ahli parti itu telah bertemu dengan pemimpin DAP untuk membincangkan perkara tersebut.

Dalam pada itu, Guan Eng turut mengingatkan Annuar supaya tidak terus membuat kenyataan melibatkan DAP dalam polemik politik yang sedang dihadapinya ketika ini.

“Ini kerana DAP tidak berminat (dengan isu dalaman UMNO), jadi mengapa mahu mengaitkan dengan kita? Tindakan itu jelas tidak berprinsip,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat