Jika ada laporan rasmi , Lembaga Disiplin sedia siasat Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lembaga Disiplin UMNO sedia menyiasat bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa sekiranya aduan rasmi dibuat oleh ahli-ahli parti.

Hal ini berikutan kenyataan Annuar pada sidang media pada 6 Januari baru-baru ini yang dianggap menyerang dan memalukan parti.

Memetik laporan Malaysiakini, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO,Tan Sri Zulhasnan Rafique berkata setakat ini belum ada sebarang aduan dibuat terhadap Annuar.

“Lembaga Disiplin hanya boleh menjalankan siasatan jika ada aduan rasmi daripada mana-mana ahli UMNO,” katanya seperti dilapor poratl itu.

Pada Rabu, Annuar mengadakan satu sidang media susulan disingkirkan sebagai Setiausaha Agung BN dan digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Setiausaha Agung UMNO.

Dalam sidang media tersebut, Menteri Wilayah Persekutuan itu dianggap memburukkan imej parti termasuk menyerang Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tanpa berselindung, Annuar mendedahkan bahawa Ahmad Zahid bersekongkol dengan pemimpin pembangkang serta Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP untuk menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dakwaan tersebut kemudian disangkal oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan mengatakan kerjasama UMNO-DAP yang tidak wujud.

Beberapa pemimpin Umno lain seperti Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi dan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak turut mengkritik tindakan Ahli Parlimen Ketereh itu.

Puad menyifatkan Annuar menunjukkan “perangai sebenarnya” kerana dianggap “membelasah” presiden parti dalam sidang medianya apabila membuat dakwaan tentang kewujudan surat Ahmad Zahid yang menyokong Anwar untuk menjadi perdana menteri menggantikan Muhyiddin.

Manakala Najib yang juga bekas presiden UMNO berkata sekiranya tidak puas hati dengan keputusan parti, individu dalam parti boleh menyuarakan rasa tidak puas hati melalui saluran parti, dan bukannya mengeruhkan keadaan dengan mengadakan sidang media.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat