Banjir: Tiga Laluan Keluar Lebuhraya Karak Ditutup – ANIH Berhad

- Advertisement -

PAHANG: Syarikat konsensi ANIH Berhad (lebuhraya Karak) yang menghubungkan Chenor, Temerloh dan Lancang ditutup akibat banjir.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, laluan Chenor ke Temerloh di laluan KM126.3 antara Persimpangan Chenor ke Persimpangan Temerloh, LPT1 DITUTUP kedua-dua hala kepada lalu lintas sejak jam 2.30 pagi kerana telah dinaiki air.

“Antara Temerloh ke Lanchang Laluan di KM113 dan KM 115 (Antara Persimpangan Lanchang ke Persimpangan Temerloh), LPT1 MASIH DITUTUP kedua-dua hala kepada lalu lintas.

“Antara Lanchang ke Karak (Km 84.6) Laluan di KM 84.6 – KM84.7 (Antara Persimpangan Lanchang ke Persimpangan Karak), LPT1 hala Kuantan MASIH DITUTUP kepada lalu lintas. Walaubagaimanapun, laluan antara Lanchang hala Kuala Lumpur telah di buka pada jam 9 pagi pada 5 Januari 2021.” kata kenyataan tersebut lagi.

Dalam pada itu, ANIH Berhad menasihatkan orang ramai agar menangguhkan perjalanan mereka. Selain itu, pengguna juga dinasihatkan untuk terus mematuhi arahan petugas di lokasi terbabit.

“Maklumat laluan ALTERNATIF boleh dirujuk ke Talian Bilik Gerakan Bencana JKR di talian 03-26107727 atau layari portal Ebencana di bencanaalam.jkr.gov.my,

“Para pengguna boleh mendapatkan maklumat di laman rasmi media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), ANIH Berhad di twitter @LLMTrafik, @LPTTRafik dan Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia, Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi Hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09 5479111/ 1-700-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini.” katanya. -SuaraTV

 

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat