Siap siaga serangan balas BERSATU

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selepas majoriti akar umbi UMNO nekad menolak kerjasama dengan BERSATU parti itu dinasihatkan berhati-hati dengan serangan balas parti bunga raya tersebut.

Bekas ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Aziz Kaprawi berkata, strategi ‘pecah dan perintah’ ini merupakan senjata utama BERSATU untuk terus melaga-lagakan di kalangan kepimpinan UMNO dengan memberi umpan jawatan-jawatan penting termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada selain Presiden UMNO.

“Desakan akar umbi untuk menolak sebarang bentuk kerjasama politik bersama BERSATU telah dizahirkan melalui Mesyuarat Perwakilan UMNO di peringkat bahagian dan ia telah mendapat perhatian daripada semua pihak, bukan sahaja di peringkat pucuk pimpinan UMNO malah termasuk kepimpinan BERSATU.

“Walau bagaimanapun keseluruhan ahli dan kepimpinan UMNO harus segera mengambil langkah untuk berjaga-jaga dengan tindakan BERSATU yang dijangka akan terus menggunakan kuasa kerajaan untuk terus memecah-belahkan kesepaduan UMNO,” nasihat beliau.

Kata Aziz strategi pecah dan perintah yang mungkin digunakan ini sudah tentu bertujuan untuk melemahkan kedudukan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan seterusnya menjadi punca kepada pertelagahan UMNO yang lebih dasyat.

“Saya menyeru kepada seluruh ahli dan kepimpinan UMNO untuk terus bersolidariti bersama Presiden UMNO dan diteguhkan pendirian agar parti UMNO mendapat keadilan yang sewajarnya sebagai parti yang menyumbangkan kerusi terbesar kepada pembentukan kerajaan pada hari ini.

“Marilah kita berdoa agar UMNO terpelihara daripada perpecahan yang dibawa oleh BERSATU dan semoga keadilan dapat dilaksanakan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat