KUALA LUMPUR — Wanita Barisan Nasional (BN) mesti menjadi pelopor dalam memperjuangkan akses pendidikan digital.
Pengerusinya Datuk Seri Datuk Seri Dr Noraini Ahmad turut menegaskan semua pihak perlu memastikan bahawa hak dan keselamatan wanita terus diperjuangkan tanpa henti.
“Setiap wanita di negara ini mempunyai peluang yang sama untuk belajar, meneroka teknologi, dan membina kerjaya masa depan.
“Kes-kes keganasan rumah tangga, diskriminasi tempat kerja, dan gangguan seksual masih menghantui ramai wanita.
“Kesatuan kita mesti menjadi perisai yang melindungi mereka, undang-undang kena lebih tegas, menyediakan saluran bantuan yang lebih cekap, dan memastikan tiada wanita yang terpaksa hidup dalam ketakutan.
“Kita mahu semua wanita merasa selamat dan dihormati dalam setiap aspek kehidupan mereka,” katanya semasa Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas ke-50 Tahun BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.
Tambahnya lagi, wanita BN mahu dikenang sebagai wanita yang menterjemahkan perpaduan kepada perubahan.
“Perubahan yang mengurangkan beban hiduprakyat, yang membina rumah untuk keluarga, yang membuka peluang untuk wanita, yang mendidik anak-anak kita, dan yang melindungi hak setiap insan,” katanya.
Beliau juga menyifatkan perjalanan BN selama 50 tahun adalah satu pencapaian yang besar dan perlu sentiasa bergerak ke hadapan.
“Jangan sekali-kali kita lupakan harapan rakyat kepada kita.
“Mari kita bersama-sama menguatkantekad, menggandakan usaha, dan terus istiqamah dalamperjuangan ini.
“Sekali kita melangkah, kita akan terus melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan dan semangat.
“Mari kita buktikan bahawa wanita Barisan Nasional akan bersama mencipta kejayaan,”katanya.