Kerajaan Komited Sediakan Perumahan Mampu Milik – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan komitmen kerajaan pimpinannya dalam membantu rakyat dari semua golongan untuk memiliki rumah pada harga berpatutan dan mampu milik yang selesa.

“Sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Agenda 2030, kerajaan komited menyediakan perumahan mampu milik yang selesa kepada semua golongan Keluarga Malaysia termasuk yang berpendapatan sederhana rendah atau M40,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan kunci Residensi Kuchaimas, hari ini.

Ismail Sabri berkata Residensi Kuchaimas yang direalisasikan menerusi projek Residensi Wilayah Keluarga Malaysia di atas tanah berkeluasan 0.64 hektar tersebut menggambarkan keterangkuman Keluarga Malaysia dengan 60.3 peratus daripada penduduknya adalah Bumiputera, Cina (37.4 peratus) dan India (2.3 peratus).

“Saya yakin komuniti Residensi Kuchaimas akan meraikan persamaan dan perbezaan berdasarkan nilai-nilai dan ciri-ciri Keluarga Malaysia.

“Saya amat menghargai komitmen dan dedikasi pemaju dalam menjayakan program ini yang membantu merealisasikan aspirasi kerajaan menyediakan rumah mampu milik untuk warga Wilayah Persekutuan,” katanya.

Menurutnya lagi, sejumlah 80,000 unit rumah disasarkan untuk disediakan dalam tempoh 10 tahun sehingga 2028 dengan sasaran 8,000 unit setahun di bawah program Residensi Wilayah Keluarga Malaysia.

Beliau turut meminta Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi-agensi di bawahnya memastikan sasaran yang ditetapkan dapat dicapai dengan kerjasama pemaju swasta kerana ia adalah penting untuk kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Sehingga bulan November 2021, sebanyak 62,836 unit rumah melibatkan 102 projek Residensi Wilayah Keluarga Malaysia yang telah mendapat kelulusan untuk pembinaan di seluruh Wilayah Persekutuan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 95 projek terletak di Kuala Lumpur, tiga di Putrajaya dan empat di Labuan,” katanya.

Perdana Menteri berkata menerusi inisiatif Residensi Wilayah Keluarga Malaysia, tumpuan adalah di kawasan pesat membangun walaupun terpaksa berhadapan dengan cabaran nilai hartanah yang semakin tinggi.

“Ia bertujuan merealisasikan impian warga Wilayah Persekutuan untuk memiliki kediaman sendiri dengan persekitaran yang selesa dan kondusif. Apa yang menjadi keutamaan adalah harga rumah tersebut berpatutan dan mampu milik,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat