Individu Tidak Divaksin Alami Simptom Teruk Jika Dijangkit Varian Omicron

- Advertisement -

JOHANNESBURG – Kebanyakan pesakit yang dijangkiti varian Omicron Covid-19 mendapat simptom ringan manakala pesakit yang tidak divaksinasi menunjukkan simptom yang agak teruk, kata Pengerusi Persatuan Perubatan Afrika Selatan (SAMA).

Angelique Cootze yang telah merawat 70 pesakit didiagnosis dengan varian baharu itu mendapati kebanyakan pesakit mengalami gejala ringan seperti sakit kepala, sakit badan dan sakit tekak sejak dua minggu lalu.

Beliau berkata, simptom itu berbeza daripada varian Delta, walaupun ini mungkin berubah apabila kes meningkat.

“Omicron adalah berbeza. Tiada kehilangan bau dan rasa dan tiada keperluan untuk oksigen pada peringkat ini dan kami tidak tahu apa yang mungkin berlaku apabila kes terus meningkat.

“Varian ini lebih banyak pada otot,” katanya.

Cootze berkata, simptom varian baharu itu lebih teruk pada pesakit yang belum diberi vaksin.

“Terdapat keletihan yang teruk dan gejala lain pada orang yang tidak divaksinasi,” ujarnya.

Institut Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit pada hari Isnin melaporkan 6,381 kes baharu Covid-19 dengan sembilan kematian berkaitan di Afrika Selatan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Menteri Kesihatan Joe Phaahla baru-baru ini berkata, peningkatan kes didorong oleh varian baharu itu. – Xinhua

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat