UMNO Kelantan sedia lawan Pas dalam PRU15

- Advertisement -

CYBERJAYA: UMNO Kelantan menyatakan kesediaan mereka untuk bertembung dengan calon PAS di negeri itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Perhubungan UMNO Kelantan, Akhbar Salim berkata kesediaan pihaknya itu ekoran sikap Pas yang dilihat seolah-oleh mengenepikan Muafakat Nasional (MN).

Zailuzi merujuk kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam HarakahDaily dan Malaysiakini yang diterbitkan pada 2 Disember lalu.

“UMNO Kelantan kurang jelas sama ada Pas masih ingin meneruskan MN atau sebaliknya.

“Sekiranya Pas lebih cenderung untuk mengenepikan MN yang telah disepakati, UMNO dan BN Kelantan bersiapsedia untuk meletakkan calon di semua kawasan pilihanraya Dun dan Parlimen PRU-15,” katanya.

Zailuzi juga menjelaskan UMNO Kelantan akur dengan sebarang keputusan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Majlis Tertinggi (MT) sebagai menghormati organisasi yang dinaungi.

Katanya, ia termasuklah keputusan berkaitan situasi di DUN Perak dan juga kedudukan kerajaan pusat.

“UMNO Kelantan komited dan istiqamah kepada piagam MN yang telah termeterai di peringkat kebangsaan bersama parti Pas dan bersetuju sebagai agenda penyatuan Ummah,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat