Man Bai lancar Kau Ilhamku 2020

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Single Kau Ilhamku yang dirakam Man Bai kira-kira 25 tahun lalu meletakkan bekas vokalis kumpulan Gersang ini dalam liga tersendiri.

Menjadi runut bunyi filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, Layar Lara, lagu Kau Ilhamku ciptaan Asmin Mudin menjadi antara dendangan malar segar siulan ramai.

Sempena ulang tahun ke-25 single berkenaan, Man Bai merakamkan semula Kau Ilhamku dengan suntikan baharu dan diberi judul Kau Ilhamku 2020.

“Saya beri susunan muzik segar bersama penerbit iaitu komposer dan penyusun muzik terkenal, Mac Chew.

“Ini bukan kali pertama saya merakamkan versi berbeza lagu Kau Ilhamku seperti yang pernah dibuat pada 2011.

“Namun, saya percaya, kali ini, lagu ini menjadi karya cukup indah,” katanya kepada BH Online.

Petikan piano, tiupan seruling dan gesekan biola menyerlahkan keindahan lagu Kau Ilhamku 2020 dendangan Man Bai. Foto Ihsan Man Bai
Petikan piano, tiupan seruling dan gesekan biola menyerlahkan keindahan lagu Kau Ilhamku 2020 dendangan Man Bai. Foto Ihsan Man Bai

 

Man berkata, Kau Ilhamku 2020 menampilkan petikan piano, tiupan seruling dan gesekan biola yang menyerlah lagi keindahan melodi.

“Sesuai dengan maksud lagu ini yang mengangkat taraf insan yang menjadi sumber ilham, saya cuba angkat taraf lagu ini ke peringkat lebih tinggi.

“Saya berharap melalui terjemahan baharu ini, karya ini akan terus relevan dan tidak lapuk ditelan zaman,” katanya.

Single Kau Ilhamku 2020 terbitan Universal Music Malaysia boleh didapati di semua pelantar digital terpilih sejak kelmarin.

Man Bai atau nama penuh, Abdul Rahman Osman mula bertapak dalam industri muzik pada 1987 sebagai vokalis kumpulan rock, Gersang.

Band itu popular dengan lagu antaranya Masih Aku Terasa, Suratan Takdir dan Sunyi.

Selepas pembubaran Gersang dan berehat daripada dunia seni akibat masalah tonsil, Man Bai kembali membina kerjaya solo pada 1995.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat