Nabil pernah rugi setengah juta Ringgit

- Advertisement -

PELAKON dan pelawak Nabil Ahmad pernah kerugian hampir setengah juta Ringgit ketika mula membabitkan diri dalam bidang perniagaan beberapa tahun lalu.

Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad, 37, berkata, antara punca utama kegagalan dalam perniagaan ialah kurang mahir dalam selok-belok dalam bidang itu.

“Sebelum ini pelbagai perniagaan yang saya lakukan seperti studio Muay Thai dan zumba.

“Semuanya tak boleh ‘pergi’ (tak beri keuntungan). Memang banyak habis duit. Semuanya disebabkan saya tak ada ilmu nak berniaga. Tak tahu nak uruskan hal berkaitan pemasaran dengan betul, main buat sahaja.

“Kita ingat bila ada duit, kita boleh buat (berniaga), tapi itu sebenarnya satu kesilapan. Nak berniaga kena ada ilmu. Kalau ingat balik kerugian memang rasa ralat,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran produk makanan ringan, DoryLicious yang diusahakannya sejak 2019, baru-baru ini.

Menurut Nabil, walaupun berdepan kegagalan, dia tidak pernah berputus asa untuk terus menjadi seorang usahawan.

Katanya, perniagaan makanan yang diusahakan kini adalah salah satu cara dirinya menyalurkan bantuan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Sebenarnya, ramai yang mesej di DM (mesej peribadi di Instagram), minta bantuan RM100, RM200. Jadi, apa yang saya boleh bantu, saya ajak mereka berniaga. Alhamdulillah hampir 12 pengikut sudah saya bantu dan memberi mereka peluang untuk membina hidup baru dengan berniaga,” katanya yang turut memperkenalkan dua rakan niaga lain iaitu, Achey dan Zizan Razak.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat