‘Gembira dapat cabar diri’

- Advertisement -

NAMA penyanyi Tuah Adzmi pastinya tidak asing pada kalangan peminat seni suara tanah air. Apatah lagi, bakat muda naungan syarikat rakaman FMC Music ini sudah menghasilkan beberapa lagu solo.

Baharu berusia 22 tahun, Tuah atau nama sebenar Arumi Nafiz Mohd Adzmi mengakui meminati bidang muzik dan nyanyian sejak kanak-kanak. Malah, dia pernah menganggotai kumpulan nasyid di sekolah dahulu.

Apapun, kemunculan Tuah yang pernah popular dengan lagu Insan Kau Cinta dan Airmata Rindu dalam program Vokal Mania di TV3, sekitar beberapa minggu lalu adalah percubaan beraninya.

Menyanyikan lagu Revolusi daripada kumpulan Bunkface, Tuah yang begitu dikenali dengan lagu-lagu balada, tampil membuat persembahan dengan karya lagu rancak dan memerlukan dia aktif bergerak di atas pentas.

Berbicara pengalamannya beraksi dalam Vokal Mania sebagai ‘rookie’ itu, katanya sebagai penggiat seni baharu pastinya penyertaan berkenaan untuk menimba ilmu dan pengalaman.

“Walaupun berdebar juga menghadapi persaingan, tetapi saya gembira kerana dapat mencabar diri sendiri. Masih banyak yang perlu saya pelajari dan perbaiki untuk lebih berjaya.

“Persaingan dengan ‘rookie’ yang bertanding juga tidak kurang hebat. Apapun, barisan ‘idol’ seperti Tomok, Lan Solo, Aina Abdul dan Indah Ruhaila ternyata memiliki aura serta kehebatan masing- masing.

 

TUAH Adzmi sudah lancarkan lagu solo terbaharunya berjudul Kecewa pada Jun lalu.
TUAH Adzmi sudah lancarkan lagu solo terbaharunya berjudul Kecewa pada Jun lalu.

 

“Saya berasa puas dapat menyertai program Vokal Mania. Malah, pengalaman yang diperoleh sangat berharga. Komen daripada barisan juri juga positif dan pandangan dikongsikan mereka wajar saya ambil sebagai pengajaran,” katanya.

Menurut Tuah, menang atau kalah adat bertanding dan dia selesa menyerahkan kepada rezeki. Ujarnya, siapa yang tidak mahu bertanding hingga ke peringkat akhir, tetapi format program Vokal Mania iaitu peluang ‘rookie’ bergantung pada undian penonton.

Selesa positif, Tuah berkata jika ada rezeki sudah tentu tidak ke mana. Apapun kini, dia masih fokus pada aktiviti mempromosikan lagu baharunya berjudul Kecewa yang dilancar sekitar Jun lalu.

Mengabadikan pengalaman percintaan di dalam lagu, bagi Tuah tidak ada salahnya. Katanya, dia hanya mahu berkongsi pengalamannya yang kemudian, diadun

menjadi melodi serta dilengkapkan dengan penulisan lirik puitis.

“Usia saya masih di peringkat awal 20-an, bahkan pasti ada yang menganggap saya belum layak untuk membicarakan soal cinta dan pengalaman.

“Ditambah, pengalaman saya itu mungkin biasa-biasa sahaja kerana percintaan di alam persekolahan. Namun, tidak kiralah berapa pun usia seseorang itu, perasaan cinta sukar diramal.

“Perasaan cinta, kasih dan sayang ini adalah anugerah terindah daripada Allah SWT, malah saya yakin setiap insan bergelar manusia pasti ingin melalui saat bercinta dan dicintai,” katanya.

Sehubungan itu, video muzik lagu Kecewa yang sudah dimuat naik di YouTube sekitar lima bulan lalu, hingga kini jumlahnya mencecah lebih 1.6 juta tontonan dan ia diterima baik pendengar.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat