Annuar Zaini nafi jumpa ADUN DAP bincang isu MB Perak

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini menafikan beliau bertemu dengan wakil rakyat DAP dan berbincang mengenai isu Menteri Besar Perak.

Dalam satu posting di Facebook peribadinya, Mohd Annuar menjelaskan tentang gambar beliau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Howard Lee dari DAP yang tular di media sosial.

Mohd Annuar menafikan dakwaan yang dibuat beberapa pihak kononnya beliau bertemu Howard bagi membincangkan usaha penubuhan kerajaan baharu di Perak.

“Gambar tersebut sahih, dirakam ketika saya membuat ‘food tasting’ di Restaurant Atapas Ipoh.

“Restaurant tersebut mula beroperasi pada Oktober 2020, dimiliki oleh YB Howard Lee ADUN DAP.

“Saya membuat food tasting di Restaurant tersebut atas permintaan YM Raja Dato Jalil Raja Zaid (sepupu DYMM SULTAN dan Pengurus Besar TNB Perak) yang berhasrat menjemput DYMM Sultan Perak berangkat santap sebelum beliau bertukar ke KL pada 15/12/2020,” tulis beliau.

Katanya, apa yang dilakukan itu adalah amalan biasa sebelum mana-mana pihak menjemput Sultan Perak santap di mana-mana restoran.

Mohd Annuar menasihatkan mana-mana pihak agar mendapatkan kesahihan sesuatu perkara berkaitan dirinya sebelum menyebarkan kepada orang lain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,501FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat