Saya akan maklumkan bila masuk Umno semula, surat rayuan belum hantar – KJ

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin memaklumkan beliau belum menghantar surat rayuan untuk menyertai semula parti berkenaan.

Bekas Ketua Pemuda Umno itu memberitahu kehadirannya ke Menara Dato’ Onn hari ini hanyalah bagi memenuhi jemputan forum dan tiada sebarang makna lain.

“Belum hantar surat. Hari ini saya bukan hadir program politik. Itu ‘hint’ terima kasih sebab jemput ke program ini.

“At the right time, nanti saya akan maklumkan (masuk semula Umno),” katanya kepada pemberita selepas forum Rundingan Meja Bulat Nasional (Rimbun) 1.0, Reformasi Sistem Pendidikan Pada Zaman Kecerdasan Buatan (AI) dan Pemerkasaan Institusi Guru pada Jumaat.

Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Rembau itu meminta diberikan tempoh masa beberapa minggu sebelum bersedia menjawab mengenai penyertaan semula ke parti berkenaan.

Beliau berkata, tempoh itu diperlukan selepas menerima banyak pertanyaan bagi mendapatkan penjelasannya berhubung perkara tersebut, lapor Utusan.

Media sebelum ini melaporkan Khairy bakal menyertai semula Umno menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan berlangsung hujung bulan ini.

Mengulas mengenai perkara itu, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu setakat ini belum membuat keputusan untuk menerima kembali Khairy malah belum membincangkan perkara berkenaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat