Satu undi untuk PH, sama satu undi DAP – PM

- Advertisement -

BERA – Satu undi untuk Pakatan Harapan (PH) bermakna satu undi buat DAP,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, umum maklum DAP adalah parti yang menguasai PH.

“Bila kita memilih ahli Parlimen kita mesti nak yang mampu untuk jaga kepentingan kita, yang dua lagi calon lawan saya di Bera mewakili PH dan Perikatan Nasional (PN).

“Kita tahu yang menguasai parti dia (PH) di belakangnya adalah DAP. Maka satu
undi kepada PH samalah satu undi kepada DAP.

“Kalau kita yakin DAP boleh menjaga kepentingan Islam dan orang Melayu, ha undilah DAP,” ucap Ismail Sabri ketika berucap di program Moh Ngeteh bersama penduduk Felda Kumai pada Isnin.

Namun katanya, jika pengundi yakin apabila DAP menguasai kerajaan boleh merosakkan masa depan agama dan bangsa Melayu maka usahlah memberi peluang sekali kepada PH dan DAP.

“Tapi kalau kita yakin dengan DAP menguasai kerajaan mereka boleh merosakkan masa depan agama dan bangsa kita, jangan undi DAP dan jangan undi PH.

“Manakala Perikatan Nasional (PN) terbukti sewaktu memerintah mereka tak boleh melakukan apa-apa untuk bela kepentingan orang Melayu dan Bumiputera,” ujar Ismail
Sabri.

Dalam pada itu, kata beliau lagi calon ahli Parlimen yang dipilih sewajarnya orang yang mampu membawa kebaikan dan faedah kepada penduduk setempat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat