Manifesto BN datangnya daripada ekstrak Bajet 2023 – PM

- Advertisement -

BERA – Sebahagian besar kandungan Manifesto Barisan Nasional (BN) yang akan dibentang malam ini bersandarkan Bajet 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, Bajet 2023 menjadi sebahagian besar tawaran janji dalam Manifesto BN.

Beliau malah menegaskan Bajet 2023 adalah belanjawan yang berpijak di bumi nyata kerana ia bersandarkan kemampuan kewangan kerajaan bukannya sekadar janji kosong.

“Bajet 2023 sebahaagian besarnya menjadi manifesto kepada BN.

“Kalau kita lihat dari segi latar belakangnya bajet ini datangnya daripada saya bersama dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di mana kedua-duanya datangnya daripada BN dan Umno.

“Saya selaku Naib Presiden Umno dan Zafrul selaku Bendahari Umno Selangor.
Jadi arkitek kepada Bajet 2023 adalah saya dan Zafrul, tak ada siapa yang tahu walaupun menteri-menteri memberi input tapi tak ada siapa yang tahu tentang bajet sehinggalah bajet itu dibentangkan jadi bajet itu adalah idea daripada saya bersama dengan Zafrul,” jelas Perdana Menteri ketika sidang media selepas Majlis Kenduri Rakyat di Felda Sebertak, pada Isnin.

Hal demikian katanya Manifesto BN yang akan dibentang malam ini juga berpijak di bumi nyata kerana bersandarkan Bajet 2023.

“Manifesto BN itu sebahagian besarnya datangnya daripada Bajet 2023 dan seperti saya katakan bajet apabila bentang kita ada dana untuk laksana.

“Parti pembangkang pula bentang manifesto tak berasaskan kemampuan kewangan.

“Tengok lah Manifesto Pakatan Harapan (PH) sekadar janji manis ‘over promised’.
Bila memerintah tak dapat laksana.

“Ini beza manifesto BN dengan manifesto mereka kerana kita berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan,” jelas beliau.

Kesejahteraan rakyat, pertumbuhan ekonomi yang stabil, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta pendidikan, adalah antara keutamaan manifesto BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan dilancarkan malam ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata BN akan menggariskan 10 teras dan 99 tawaran yang akan dinikmati pelbagai golongan masyarakat terutamanya kumpulan B40 dan M40 selain tidak dilupakan golongan T20.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,478FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat