Bantuan Khas lebih membantu PMKS, berbanding moratarium khas, PM jawab Muhyiddin

- Advertisement -

BERA – Pemberian bantuan dan geran khas kepada Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) adalah lebih baik berbanding moratorium khas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemberian moratorium khas bukan penyelesaian jangka panjang kerana peniaga masih perlu membayar pinjaman.

Jelas Ismail Sabri, disebabkan itu kerajaan pimpinannya memperkenalkan pelbagai inisiatif kepada PMKS termasuk geran berjumlah RM1 bilion membantu meringankan beban mereka.

“Saya nafikan (menolak cadangan moratorium khas) kerana perkara itu bukan menyelesaikan masalah secara menyeluruh kerana pinjaman masih perlu dibayar.

“Menerusi Bajet 2023, kerajaan perkenalkan pelbagai insiatif seperti geran percuma, dana dan pinjaman kepada PMKS yang boleh dijadikan modal dan menambah baik perniagaan.

“Saya tidak pernah menolak (moratorium khas) tetapi menambah baik dan perkenalkan pelbagai bantuan dana untuk PMKS,” katanya pada sidang media selepas Majlis Kenduri Rakyat di Felda Sebertak, di sini, pada Isnin.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan memilih untuk membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka.

“Kita bantu kembangkan perniagaan, tak ada modal kita bagi pinjaman.

“Saya tak pernah kata menolak,” tegasnya.

Sebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata, kerajaan Ismail Sabri sebelum ini menolak pelaksanaan moratorium khas untuk sektor PMKS ditolak.

Dalam pada itu, Ismail Sabri yang juga calon BN bagi Parlimen Bera memaklumkan, Bajet 2023 yang dibentangkan akan menjadi sebahagian manifesto Barisan Nasional (BN) dan realistik untuk ditunaikan.

Katanya, bajet berkenaan sudah mengambil kira pelbagai faktor termasuk keupayaan kewangan kerajaan sebelum dibentangkan.

“Apabila mereka (parti lawan) lihat bajet yang dibentangkan baik dan menyeluruh, jadi mereka ciplak.

“Saya bersama Menteri Kewangan menjadi arkitek untuk Bajet 2023 dan berpijak di bumi nyata. Saya dan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz adalah arkitek Bajet 2023, menteri-menteri lain pun tak tahu sebelum dibentang.

“Manifesto BN bukan seperti Pakatan Harapan (PH) yang dibuat semata-mata mahukan undi tetapi kita (BN) yakin ini bajet yang dapat ditunaikan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat