Kes Bunuh Siti Nur Surya, Pisau Diguna Suspek Ditemui

- Advertisement -

KUALA BERANG: Pisau yang digunakan suspek dalam kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, dijumpai di tepi lebuh raya Telemong, di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Daud, berkata senjata berkenaan dipercayai diambil suspek di rumah mangsa dan digunakan sebagai senjata untuk membunuhnya, Ahad lalu.

“Pisau pemotong sayur berkenaan dibuang di tepi lebuh raya Telemong yang dianggarkan kira-kira tiga hingga empat kilometer dari rumah mangsa. Ia dijumpai pada hari ketiga selepas kejadian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Operasi Bersepadu Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 di Hulu Terengganu, malam tadi.

Selain itu, Mohd Adli berkata hampir 20 saksi sudah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk keluarga suspek dan mangsa.

Dalam kejadian pada 1 November lalu, Siti Nur Surya, yang menjaga ibunya yang terlantar akibat sakit kanser otak, ditemukan mati dengan kesan tetakan pada badan dan putus tangan kiri dipercayai dibunuh rakan baiknya di Kampung Lubuk Batu, Telemong.

Mayatnya ditemukan adik perempuannya yang berusia 15 tahun semasa pulang dari sekolah kira-kira 2.30 petang. – BERNAMA

Kredit foto: NST

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat