Pilihan Raya AS: Trump Tegur Biden Jangan Terlalu Yakin

- Advertisement -

WASHINGTON: Presiden Donald Trump mengingatkan pencabarnya, Joe Biden ‘tidak terlalu yakin’ dapat menduduki Rumah Putih.

Trump mendakwa keputusan pilihan raya menunjukkan Demokrat menuju ke arah yang ‘tidak menentu’.

“Joe Biden tidak sepatutnya mendakwa berjaya menduduki pejabat Presiden. Saya juga boleh berkata begitu. Prosiding perudangan baru bermula,” katanya menerusi Twitter.

Bagaimanapun, Trump berulang kali mendakwa beliau memenangi pilihan raya pada Selasa lalu ketika keputusan undian menunjukkan beliau mungkin menjadi Presiden untuk tempoh sepenggal saja.

Sementara itu, Biden sebelum ini mengumumkan beliau ‘tidak ragu-ragu” akan menewaskan Trump.

“Kami terus berasa selesa. Kita tidak sangsi apabila undi selesai dikira, saya dan Senator Kamala Harris akan diumumkan sebagai pemenang,” katanya di Wilmington, Delaware.

Perhatian kini tertumpu ke Pennsylvania yang menjadi medan penentuan sama ada Biden memperoleh undi majoriti untuk ke Rumah Putih.

Bagaimanapun, selepas dua hari pilihan raya paling sengit sejak beberapa dekad lalu di AS itu berlangsung, proses pengiraan undi masih berjalan kerana jumlah undi elektoral yang tinggi.

Ia berikutan orang ramai memilih kaedah berkenaan yang dilihat lebih selamat untuk mengundi calon pilihan mereka berikutan penularan COVID-19.

Sesetengah negeri membenarkan undi pos yang tiba sebelum atau pada hari pengundian iaitu 3 November untuk dikira.

Ketika ini, Biden, 77, hanya perlu menang satu atau dua negeri yang dilihat sebagai medan pertempuran paling sengit bagi membolehkan beliau ke Rumah Putih.

Trump, 74, sebaliknya memerlukan kemenangan di beberapa negeri itu untuk kekal berkuasa. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat