Covid: Dah Diberi Nasihat, Tapi Masih Ramai Rentas Daerah, Negeri – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengakui walaupun nasihat setiap hari diberikan termasuk di kawasan dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), masih terdapat rakyat yang degil melakukan perjalanan rentas sempadan daerah dan negeri.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya akan meningkatkan kaedah kawalan untuk membendung jangkitan Covid-19.

“Kita akan guna kaedah lain tapi matlamat kita sama untuk bendung penularan Covid-19,” katanya pada sidang media hari ini.

Ketika ditanya keputusan kerajaan melaksanakan PKPB di seluruh Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan dibuat kerana langkah sama di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah gagal apabila berlaku peningkatan kes setiap hari, Noor Hisham berkata ia bukan kegagalan tetapi KKM meningkatkan saringan.

“Semalam ada lonjakan 1,755 kes, lonjakan ini kerana kita laksanakan saringan di penjara contoh di Penjara Kepayan, pusat tanahan sementara Tawau, pusat tahanan Sandakan dan Seberang Perai.

“Tapi hari ini sepatutnya kita dapat 1,000 kes tapi kita ada 1,118 kes masih bertahan di situ jumlah jangkitan, ini menunjukan PKPB yang dilaksanakan berjaya. Tapi kita kena pertingkat dari segi masa diambil apabila melaksanakan PKPB, kerana kita menggunakan PKPB sebab nak imbangi antara kesihatan dan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mencadangkan supaya ditingkatkan kawalan sektor sosial, pendidikan dan sukan untuk memastikan tahap pematuhan.

“Dua 3 hari lepas ramai rentas sempadan negeri dan daerah contoh dari zon merah ke zon hijau, ada kes dari zon merah pulang ke Kelantan misalnya jadi kita kena pertingkat aktiviti tersebut (perketatkan aktiviti sosial) sama ada kita guna kaedah diperketatkan, pada masa sama kita benarkan sektor ekonomi,” katanya memaklumkan kawasan sempadan negara khususnya di Sabah dan Sarawak turut diperketatkan susulan kemasukan pendatang asing tanpa izin yang membawa jangkitan Covid-19.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanakan PKPB di seluruh negeri Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan bagi tempoh 4 minggu bermula 9 November hingga 6 Disember ini.

Katanya, ia selepas mendapat penilaian risiko daripada KKM susulan peningkatan ketara kes Covid-19. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat