KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan amaran keras kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing susulan kontroversi yang tercetus berhubung isu hidangan alkohol semasa majlis makan malam sempena Global Travel Meet anjuran Tourism Malaysia.
Perdana Menteri turut mengeluarkan amaran sama kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berkata kerajaan tegas tidak benarkan minuman keras dihidang dalam acara rasmi.
Terdahulu, tular gambar memaparkan program didakwa Global Travel Meet 2025 Gala Dinner di bawah Tourism Malaysia menyajikan minuman beralkohol, lapor Bernama.
Namun King Sing menegaskan pihak industri dan sektor swasta teruja dengan acara global yang julung kali dianjurkan Tourism Malaysia itu sehingga menaja serta meraikan rakan-rakan industri antarabangsa melalui majlis makan malam berkenaan.
Tambahnya lagi, acara selama dua hari setengah dianjurkan dengan inisiatif pihak industri serta sektor swasta itu berjaya menjana impak ekonomi bernilai RM420 juta.



