“Tiada sebab untuk rungkaikan keputusan yang telah dimeterai” – Abdul Hadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS sangat berharap perpaduan yang diusahakan sehingga berjaya menubuhkan kerajaan campuran ketika ini dipertahankan.

Dengan menyebut tentang konsep wasatiyyah, Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata PAS membawa agenda perpaduan umat walaupun pernah bermusuhan dengan BN sebelum ini.

Katanya, permusuhan PAS bersama BN berjaya dipatahkan apabila masing-masing disatukan dengan penganjuran himpunan Kongres Maruah Melayu yang akhirnya ia menggabungkan tiga parti Melayu Islam terbesar iaitu UMNO, PAS dan Bersatu.

“PAS sangat mengharapkan supaya perpaduan yang berjaya diusahakan sehingga berjaya menubuhkan kerajaan campuran PN (Perikatan Nasional) bersama parti-parti dari Sabah dan Sarawak, bergabung bagi mempertahankan kepimpinan Melayu Islam dan bumiputera.

“PAS membawa agenda perpaduan umat serta konsep wasatiyyah, walaupun pernah bermusuhan yang paling tajam dengan BN yang terdapat dalamnya UMNO dan daripada situlah asalnya Parti Bersatu. Keadaan itu ditumpulkan dan dipatahkan apabila masing-masing disatukan dengan penganjuran himpunan Kongres Maruah Melayu… Akhirnya, berjaya mengumpulkan tiga parti terbesar Melayu Islam dan bumiputera (Umno, PAS dan Bersatu) bersama dengan parti lain dari Sabah dan Sarawak, termasuklah kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem.

“Hasil gabungan ini telah berjaya menjatuhkan PH dan menubuhkan sebuah kerajaan campuran Perikatan Nasional (PN),” kata Abdul Hadi dalam tulisan di Facebooknya semalam.

Malah, Ahli Parlimen Marang itu turut mengimbau kembali peristiwa tertubuhnya Muafakat Nasional (MN) yang menggabungkan PAS, UMNO dan Bersatu.

Sehubungan itu, beliau berkata tiada sebab persepakatan yang telah dimeterai dibatalkan hanya untuk mengehadkan gabungan kepada dua parti sahaja.

“Apabila UMNO mengajak PAS untuk berkumpul di PWTC yang dimiliki oleh UMNO, maka ditubuhkan gabungan Muafakat Nasional (MN) dengan persetujuan yang ditandatangani bersama piagamnya, kemudian bersetuju dimasukkan juga Parti Bersatu ke dalam gabungan MN.

“Maka, tiada sebab yang munasabah untuk merungkainya dan menasakhkan keputusan yang telah dimeteraikan kepada gabungan yang hanya terhad kepada UMNO dan PAS sahaja, setelah ada dalam kalangan UMNO menolak Bersatu atau kalangan Bersatu menolak UMNO,” katanya.

Sebagai sebuah parti yang berpandukan perintah Allah dan al-Quran, Abdul Hadi berkata Islam sentiasa mendahulukan konsep perdamaian dan keamanan dan PAS akan tetap memilih konsep berkenaan.

“Islam mendahulukan konsep perdamaian dan keamanan, sama ada ketika lemah atau kuat, kalah atau menang. Maka, PAS tetap memilih konsep ini dengan menyertai demokrasi yang menjadi sebahagian daripada pendekatan budaya politik matang dan sejahtera berpandukan perintah Allah SWT.

“Jadikan slogan bersama perpaduan iaitu ‘Selamatkan Negara dan Rakyat Bersama Islam’, bukannya slogan selamatkan diri dan kumpulan tertentu sahaja.

“Mari kita bersama-sama menolak PH yang melampau, merosakkan dan menganuti liberalisme yang hanyut boleh menenggelamkan. Sesungguhnya, di belakang mereka penyumbang rasuah yang lebih besar mudaratnya daripada penerima rasuah,” ujarnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat