Mi Sedaap Korean ada racun perosak tak masuk pasaran Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa dua produk Mi Sedaap yang dikesan mempunyai racun perosak jenis etilina oksida tidak memasuki pasaran negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, dua produk tersebut adalah Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Instant Noodles dengan tarikh luput 21 Mei 2023 dan Mi Sedaap Korean Spicy Soup Instant Noodles dengan tarikh luput 17 Mac 2023.

“KKM akan terus menjalankan pemantauan di pasaran dan mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) di semua pintu masuk negara.

“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna,” katanya.

Sebelum ini, produk keluaran Indonesia itu dilaporkan ditarik balik daripada memasuki pasaran Singapura.

Menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata, racun perosak tersebut yang ditemui dalam mi itu turut dikesan dalam produk ais krim Haagen Dazs yang sudah ditarik balik dalam pasaran negara berkenaan pada Ogos lalu.

Jelas SFA, ujikaji terhadap produk Mi Sedaap yang lain juga sedang dijalankan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memberitahu bahawa orang ramai boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melayari laman web dan Facebook yang tertera sekiranya mempunyai apa-apa maklumat atau kemusykilan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat