Tidak ada arahan tarik sokongan kepada kerajaan -UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Arahan kononnya Top 5 Umno mendesak supaya semua Jemaah Menteri Umno dalam Kabinet Perdana Menteri meletakkan jawatan dan menarik semula sokongan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum pembentangan Bajet 2023 adalah palsu.

Dalam satu sebaran kenyataan yang kononnya dikeluarkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan itu juga menegaskan, jika Menteri Umno ingkar terhadap arahan Top 5, perkara ini akan dibawa ke Lembaga Disiplin Umno untuk tindakan susulan.

Hal ini katanya, Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno gagal untuk mempersembahkan tarikh pembubaran (sepatutnya dibubarkan hari ini) dan katanya tindakan itu sangat mengecewakan pimpinan tertinggi Umno.

Pun begitu, Ahmad tampil menafikan kenyataan palsu berkenaan.

“Wah sebaran palsu makin banyak di sana sini. Petanda pemfitnah yang goblok bekerja lebih masa dengan tambahan bayaran lumayan supaya pimpinan Umno berpecah.

“Kami parti yang lama wujud, sudah melepasi pelbagai cabaran sukar, maka susah untuk berpecah kerana perkara-perkara bodoh seperti ini,” ciap Ahmad malam tadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat