Semua dapat bantuan awal persekolahan RM150, ibu dan bapa tunggal terima BKM RM3,000

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bajet 2023 memperuntukkan bayaran bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 akan diperluaskan tahun depan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bantuan awal persekolahan itu akan diberi kepada semua murid tanpa melihat had pendapatan ibu bapa.

Katanya, bantuan itu akan disalurkan mulai Januari depan dengan membabitkan peruntukan sebanyak RM825 juta, meningkat berbanding RM450 juta yang diperuntukkan tahun ini.

Bukan cuma itu, Tengku Zafrul juga mengumumkan bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan diteruskan dan layak terima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) maksimum RM3,000.

Kadar itu meningkat berbanding RM2,500 pada tahun ini.

BKM 2023 akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima membabitkan peruntukan RM7.8 bilion.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat