Bajet 2023 libatkan peruntukan RM372.3 bilion

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Peruntukan Bajet 2023 melibatkan jumlah RM372.3 bilion.

Bajet 2023 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ dipandu agenda 3R- Responsif, Bertanggungjawab dan Reformis.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini di Parlimen membentangkan bajet kedua yang dibentangkan di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan yang kedua sejak Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilancarkan pada 27 Sept tahun lepas.

Antara inti pati Bajet 2023

* Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ditambah baik, beri manfaat kepada 8.7 penerima dengan peruntukan RM7.8 bilion.

* Kategori baru BKM diperkenal, isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan tanggung lima anak atau lebih layak terima RM2,500.

* Tawaran kredit e-dompet RM100 diberikan kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan bawah RM100,000 menerusi inisiatif e-Pemula M40.

* Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan kepada 2 mata peratusan.

* Pelepasan cukai sehingga RM3,000 bagi bayaran yuran taska dan tadika berdaftar dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2024.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat