Pahang Berjaya Kutip Hasil Pendapatan Negeri Sebanyak RM1.027 Bilion Setakat Oktober 2022 : Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Pahang telah berjaya mengutip hasil pendapatan negeri yang konsisten tahun demi tahun sebanyak RM1.027 bilion setakat 6 Oktober 2022.

Jelas Wan Rosdy, kutipan hasil ini telah berjaya mencapai 99.13 peratus sasaran.

“Setakat 6 Oktober 2022, Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip hasil sebanyak 1.027 bilion ringgit berbanding sasaran yang ditetapkan sebanyak 1.036 bilion ringgit. Ini bermakna kita sudah berjaya mencapai 99.13 peratus sasaran.

“ Ini adalah suatu pencapaian yang sangat membanggakan. Buat julung kalinya Pahang berjaya mencapai hasil mencecah 1 bilion ringgit, sekali gus meletakkan kita “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dengan negeri-negeri maju yang lain seperti Johor dan Selangor.” umum Wan Rosdy ketika membentang ucapan Belanjawan 2023 Negeri Pahang, dengan tema “Negeri Stabil, Rakyat Sejahtera”, di sini, pada Jumaat.

Selain itu kata Wan Rosdy lagi, pada tahun ini, sehingga 30 September, Negeri Pahang telah mengumpulkan pelaburan berjumlah 20.56 bilion ringgit. Pelaburan tersebut yang melibatkan 9.55 bilion ringgit pelaburan domestik dan 11.01 bilion ringgit pelaburan asing, telah melangkaui sasaran 18 bilion ringgit yang kita sasarkan.

Statistik ini adalah petunjuk jelas keyakinan para pelabur, terhadap potensi serta kestabilan yang ada di negeri ini.

Mengenai hutang kerajaan negeri Pahang, Wan Rosdy menjelaskan, kerajaan negeri telah berjaya mengurangkan hutang daripada RM3.31 bilion kepada RM952.2 juta ringgit.

“Sepanjang tempoh 4 tahun ini, suka untuk saya kongsikan bahawa kita telah berjaya mengurangkan sebanyak 71.24 peratus hutang Kerajaan Negeri. Ini bermakna, secara purata, kita berjaya mengurangkan kira-kira 17.80 peratus hutang negeri setiap tahun.

“Jika trend ini berjaya diteruskan, dengan momentum serta kesungguhan yang dipamerkan semua pihak, tidak mustahil Pahang akan berjaya mengurangkan lagi hutang negeri, insya-Allah.” Ujarnya.

Mengenai bantuan penyaluran dan program kebajikan kepada rakyat, Wan Rosdy pada ucapan Belanjawan 2023 Negeri Pahang berkata, sebanyak RM77.95 juta ringgit berjaya disalurkan kepada rakyat negeri Pahang.

“Seiring peningkatan hasil, pelbagai bantuan dan insentif kebajikan telah disalurkan kepada rakyat Pahang, melibatkan jumlah keseluruhan 77.95 juta ringgit, menerusi Bantuan Prihatin Pahang,

“Program Kebanggaan Pahang, Program Pemerkasaan Wanita dan warga emas.

“Menariknya, bantuan ini disalurkan terus kepada rakyat, merentasi segenap generasi, daripada bayi yang baru lahir, pelajar, anak muda, pengantin baru sehinggalah kepada warga emas, tanpa mengira batas bangsa, agama mahupun ideologi politik.” Kata Wan Rosdy .-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat