Tindakan 12 menteri PN dianggap hilang percaya pada PM? soal Asyraf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan status 12 menteri dari Perikatan Nasional (PN) yang mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong Rabu lalu.

Asyraf membangkitkan persoalan sama ada tindakan 12 menteri tersebut boleh dianggap menunjukkan hilang kepercayaan mereka terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Adakah tindakan 12 menteri PN (Bersatu dan PAS) mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong boleh dianggap hilangnya kepercayaan anggota kabinet terhadap Perdana Menteri?” soal Asyraf di Facebooknya semalam.

Selain itu, beliau turut memetik Klausa 4, Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut seorang Perdana Menteri yang sudah hilang kepercayaan majoriti, beliau boleh menasihati Agong untuk membubarkan Parlimen atau meletakkan jawatan.

“Saya yakin, Perdana Menteri lebih bijaksana untuk membuat keputusan yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Apa pandangan pakar Perlembagaan mengenai isu ini?,” katanya lagi.

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan Datuk  Dr Mohd Radzi Md Jidin mengesahkan seramai 12 menteri dari PN mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan pendirian supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak diadakan tahun ini.

Radzi yang juga Naib Presiden Parti Bersatu berkata, surat tersebut diutuskan 5 Oktober lalu antara lain menyatakan persetujuan supaya pilihan raya umum tidak diadakan dalam masa terdekat.
]

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,478FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat