Dua Lokaliti Di Sabah, Pahang Tamat PKPD Esok – MKN

- Advertisement -

SHAH ALAM – Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaporkan dua lokaliti di Sabah dan Pahang ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada Jumaat seperti mana yang dijadualkan.

Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti yang terlibat ialah Kampung Pangkalan Abai, Kota Belud, Sabah dan Kampung Telimau, Pos Terisu, Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands, Pahang.

“Penamatan PKPD itu diputuskan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa di lokaliti berkenaan,” katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya pada Khamis.

Sementara itu, Rodzi memaklumkan tiada lokaliti yang dikenakan PKPD. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat