Kerajaan Akan Tambah Baik Perundangan SPRM – Wan Junaidi

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menambah baik perundangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan memasukkan peruntukan baharu dalam Akta SPRM 2009 (Akta 694) berhubung cadangan kesalahan baharu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata antara kesalahan baharu yang akan dimasukkan ialah berkaitan salah laku penjawat awam yang menyebabkan ketirisan dan kerugian dana kerajaan secara sengaja atau MIPO (Misconduct in Public Office).

Beliau berkata kesalahan oleh organisasi komersial atau seseorang individu dalam penjualan projek atau tender kerajaan kepada pihak lain untuk faedah kewangan tanpa melaksanakan projek/ tender tersebut (BO-Beneficial Ownership) juga dicadangkan sebagai kesalahan baharu.

“Kerajaan komited dalam usaha memerangi rasuah, memperbaiki integriti dan melaksanakan urus tadbir yang baik,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Wan Junaidi berkata dari segi penguatkuasaan, SPRM kini memfokus kepada isu ketirisan dana, kepentingan awam dan keselamatan negara serta sentiasa mengemas kini teknik terbaru dalam penyiasatan. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat