1.6 Peratus Kes Baru Covid-19 Kategori 3, 4 dan 5 Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan hanya 1.6 peratus atau 162 daripada 9,890 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi adalah daripada kategori tiga, empat dan lima.

Dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19, beliau berkata baki 9,728 kes atau 98.4 peratus lagi terdiri daripada individu dalam kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan.

“Daripada jumlah kes baharu itu, 9,872 adalah kes tempatan melibatkan 9,294 warganegara dan 578 bukan warganegara manakala 18 kes adalah kes import membabitkan sembilan warganegara dan sembilan bukan warganegara,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham sebanyak 12,884 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan kumulatif kes pulih daripada wabak itu kini 2,157,565.

Selain itu, beliau berkata 827 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 445 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau turut memaklumkan 13 kluster baharu dikenal pasti merangkumi lapan kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti dan dua kluster pendidikan lain.

Dr Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught (Rt) untuk Malaysia semalam adalah 0.86 dengan Negeri Sembilan mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 0.99.

Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my, katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat