Positif Covid-19 – “Jangan menuduh, berdosa” : Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin tampil menangkis khabar angin yang mendakwa dirinya positif Covid-19.

Di Twitternya, Setiausaha Agung Bersatu itu memaparkan cetakan laporan keputusan makmal ujian respiratory virus yang membuktikan beliau negatif daripada jangkitan Covid-19.

“Jangan menuduh, berdosa,” ciap Hamzah bagi menjawab spekulasi yang menuduh beliau dijangkiti Covid-19 selepas ulang-alik ke Sabah untuk mengatur Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Beliau turut memberitahu, dirinya mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk menjalani kuarantin wajib 14 hari yang dikenakan kepada individu tiba dari Sabah.

Hamzah antara anggota Jemaah Menteri yang menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara pada Sabtu lalu, yang turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif COVID-19.

Berikutan itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa semua kontak rapat, termasuk menteri Kabinet yang hadir di mesyuarat berkenaan, diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari dari Sabtu, selain turut dipakaikan gelang pengawasan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat