Pencemaran Sungai Batang Benar: Dua Lelaki Dicekup di Kelantan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis memberkas dua lelaki bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Batang Benar, dekat Nilai, Negeri Sembilan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, memberitahu suspek berusia 20-an dan 30-an itu ditahan di Kota Bahru, Kelantan.

“Kita baru tangkap dua lelaki tengah hari semalam. Beri kita masa jalankan siasatan, kita tidak mahu terburu-buru atau tergesa-gesa.

“Ini isu sensitif, kita tidak mahu ada unsur kecuaian dalam hal ini,” katanya memetik laporan Berita Harian, hari ini.

Ahad lalu, loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas susulan pencemaran bau di Sungai Semenyih dan Sungai Langat, yang menjejaskan 309,605 akaun, sejak jam 4.30 petang.

Kejadian itu dikatakan berpunca daripada aktiviti pencucian secara besar-besaran di kawasan reban itik dan angsa di tepi Sungai Pajam, serta Kawasan Perindustrian Nilai 3, Negeri Sembilan.

Sebanyak 46 daripada 274 kawasan yang terbabit dengan gangguan air berikutan henti tugas dua LRA berkenaan sudah menerima bekalan air sepenuhnya, pada jam 6 pagi tadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat