PM Kuarantin Kendiri, Tidak Perlu Gelang Merah Jambu

- Advertisement -

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu memakai gelang merah jambu kerana melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari di rumah.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), berdasarkan penilaian risiko yang dibuat oleh pegawai KKM pada 5 Okt, Muhyiddin dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri dan memantau status kesihatan di rumah setiap hari selama 14 hari menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera.

“Justeru, dakwaan bahawa Perdana Menteri melanggar arahan KKM adalah tidak benar.”

Muhyiddin tidak perlu menggunakan gelang pemantauan tersebut kerana keputusan ujian saringan pengesanan Covid-19 yang dilakukan pada 5 Okt lalu ke atas beliau disahkan negatif sehari kemudian.

Muhyiddin juga melakukan tiga ujian pengesanan Covid-19 dalam tempoh tiga minggu lalu iaitu pada 22, 26 dan 29 Sept. Semua keputusan ujian tersebut juga negatif.

Untuk rekod kaedah ini adalah SOP bagi semua yang pulang dari Sabah boleh memotong gelang merah jambu selepas keputusan ujian mendapati negatif.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat