Covid-19 : Ozil guna duit sendiri selamatkan maskot Arsenal yang dibuang kerja

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemain Arsenal, Mesut Ozil menyumbangkan pendapatannya untuk menggaji maskot dinosour dikenali dengan nama Gunnersaurus yang dibuang kerja akibat pandemik Covid-19.

Maskot yang diperankan oleh pekerja bernama Jerry Quy sejak tahun 1993 dilaporkan ditamatkan perkhidmatan sebagai sebahagian daripada usaha kelab London itu untuk berjimat di saat berdepan wabak Covid-19.

Kecewa dengan perkhabaran tersebut, Ozil yang juga bintang Arsenal kemudiannya tidak menunggu lama apabila datang untuk menyelamatkan dinosaur kesayangan ramai itu daripada terus ‘pupus’.

Perkara itu dimaklumkan sendiri beliau melalui satu ciapan yang dibuat di akaun Twitternya pada malam tadi.

“Saya sangat sedih Jerry Quy aka maskot setia dan terkenal kita yang juga sebahagian daripada kelab telah dilepaskan setelah 27 tahun.

“Oleh itu, saya akan memberikan Arsenal wang untuk menggaji secara penuh ‘abang hijau besar’ kita selama mana saya masih menjadi pemain Arsenal,” jelasnya.

Pihak kelab pada masa sama menjelaskan Gunnersaurus akan kembali diambil bekerja selepas situasi Covid-19 reda dan penonton dibenarkan kembali untuk memasuki stadium selepas ini.

Bagaimanapun, menurut laporan Al Jazeera, Arsenal tidak menjelaskan sama ada Jerry akan terus menjadi lelaki di sebalik kostum yang sangat sinonim dengan penyokong The Gunners itu.

Maskot dinosour hijau itu seringkali membuat kemunculan sebelum perlawanan di Emirates Stadium.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,576FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat