Covid-19: 401 Kes Jangkitan Baru Semalam, Melibatkan Penjara & Pusat Tahanan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Daripada 691 kes baru Covid-19 yang dilaporkan di negara kita semalam, 401 kes adalah melibatkan kes dalam penjara dan pusat tahanan.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Kanan Pertahanan (kluster keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam siaran langsung mengenai situasi semasa Covid-19 dalam negara kita di akaun Facebooknya sebentar tadi.

Dari jumlah tersebut, 394 kes direkodkan dari penjara Alor Setar manakala 7 kes lagi dari pusat tahanan perlindungan Taiping.

Tambah beliau lagi, 219 kes adalah melibatkan kawasan zon merah di Sabah yang mana kawasan itu telah pun dikawal, ditutup dan saringan bersasar telah dijalankan.

Hanya 71 kes sahaja melibatkan komuniti luar.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Penjara Malaysia telah diminta untuk menyediakan SOP baru bagi menyekat penularan virus tersebut berikutan SOP sekarang kelihatan tidak lagi berkesan.

Ismail turut meminta asyarakat tidak panik dengan situasi ini kerana kes-kes melibatkan penjara ini berada dalam keadaan terkawal

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan faham dengan kebimbangan rakyat mengenai peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Pelbagai strategi telah dirangka kerajaan untuk memastikan kejayaan melengkungkan kadar penularan virus itu sebelum ini, dapat dicapai sekali lagi- SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat