Guru Disahkan Positif Covid-19

- Advertisement -

PETALING JAYA: Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya, Selangor, disahkan positif Covid-19 hari ini.

Pengarah Pendidikan Selangor, Izmi Ismail berkata, guru SMK Taman Sea tersebut didapati positif selepas menjalani ujian saringan kali ke-tiga pada 5 Oktober 2020. Guru tersebut adalah kontak rapat pesakit Covid-19 di Kelantan.

“Didalam ujian saringan pertama dan kedua, guru ini didapati negatif dan telah menjalani kuarantin diri dirumah semenjak 30 September dan tidak hadir ke sekolah ketika dalam tempoh menunggu ujian saringan tersebut,” ujar Izmi ketika dihubungi oleh Sinar Harian.

Beliau juga memaklumkan,  Pejabat Kesihatan Daerah Petaling telah mengarahan semua murid dari kelas 1C, 2K, 2B dan 2J serta beberapa orang guru melakukan kuarantin dirumah sementara menunggu ujian swab dilakukan keatas diri mereka.

Izmi juga menjelaskan buat masa ini hanya kelas ditutup dan proses sanitasi akan dilaksanakan.

“Pihaknya akan mematuhi dan mengikuti nasihat oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan Kemeterian Pendidikan berhubung langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihaknya selepas ini,” katanya.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat