Hubungan cinta Umno-BN dan DAP Melaka tidak kesampaian – Adun Duyong

KUALA LUMPUR – Adun Duyong Datuk Noor Helmy Abdul Haleem menganggap hubungan Umno-BN dan DAP Melaka sebagai cinta tidak kesampaian.

Noor Helmy mengakui Umno-BN dan DAP pernah berkawan dan pernah juga berlawan.

Noor Helmy berkata demikian ketika ditanya, bagaimana beliau melihat hubungan Umno-BN dan DAP Melaka.

“Saya mengikut keputusan parti. Apabila parti telah memilih untuk kita bekerjasama membentuk kerajaan, kita akurlah. Kalau kata hendak berlawan, kita berlawanlah.

“Saya dulu berlawan dengan DAP turun naik mahkamah, jual rumah untuk bayar saman fitnah, saya kalah saman fitnah.

“Bila kerajaan dibentuk oleh Kerajaan Perpaduan dan Melaka memilih untuk ikut kerajaan Persekutuan, saya akur sebab kita ini sama-sama dalam blok kerajaan. Dan saya tahu ada hak orang Duyong di tangan Ahli Parlimen saya (Parlimen Kota Melaka).

“Samalah Ahli Parlimen saya bila hendak bekerjasama dengan saya. Sebelum ini hari-hari saya ‘balun’ dia, agak-agak hati dia tidak sakitkah tengok saya?

“Begitu juga penyokong-penyokong saya tengok penyokong dia, tidak sakit hatikah? Atau penyokong dia tengok penyokong saya tidak sakit hati? Sakit, sama sahaja. Masing-masing kena turun ego, kita sama-sama. Kita ada berbeza pendapat, pandangan tetapi apa yang kita sama? Kita kena utamakan rakyat. Jadi, kita beri khidmat bakti kepada rakyat dulu.

“Masing-masing buat kerja masing-masing. Peruntukan daripada menteri dia, dia bawa turun. Peruntukan dari menteri Umno saya bawa turun. Yang penting dapat manfaat adalah rakyat,” katanya.

Noor Helmy meneggaskan, sebagai Adun, orang Duyong adalah rakyat beliau.

“Sebagai ahli parlimen, orang Duyong adalah rakyat dia. Masing-masing ada kepentingan sendiri.

“Tapi hari ini cinta itu (hubungan BN-PH) tidak kesampaian. Tapi tidak tahulah kemudian apa akan berlaku. Jadi, sampai masa kalau berlawan, lawanlah. Kita ‘gentleman’.

“Saya akui kita pernah berkawan dan sebelum ini kita juga pernah berlawan. Tapi akhirnya nanti waktu pengundian (pilihan raya) ini saya tidak tahu, berkawan atau berlawan.
Gentleman.

“Apa yang kita sumbangkan, dia kena akui, dan apa yang dia sumbangkan kita akui. Akhirnya, biarlah rakyat yang menilai mana yang mereka lebih percaya,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat