Teater ‘Wira Alam Maya’ dapat sambutan hangat, pukau penonton

Oleh Zihan Zari

ALOR SETAR – Teater ‘Wira Alam Maya’ mendapat sambutan menggalakkan apabila disaksikan lebih 500 hadirin sepanjang dua hari ia dipentaskan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kedah, Pumpong, dekat sini baru-baru ini.

Suasananya berbeza apabila ditambah dengan garapan teater dan muzikal sehingga menjadikannya lebih memukau serta mendapat tepukan gemuruh dan menambat hati hadirin.

Pementasan malam kemuncak selama lebih dua jam disaksikan oleh pelajar Sekolah, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Guru Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darul Aman, penggiat teater utara tanah air dan orang awam.

‘Wira Alam Maya’ karya dan arahan Mohd Zulkamal Ismail (Joe K.A.S) mengisahkan, tiga remaja Alen, Sky dan Iky telah menyalah gunakan teknologi kerana ingin menjadi wira alam maya mengelar diri mereka (Keybord Warriors) menyebarkan sesuatu perkara meskipun belum pasti.

Teater ini mempunyai mesej yang kuat iaitu sifat fitnah, iri hati dan dendam pembesar boleh menjatuhkan sebuah negara yang telah disampaikan dalam bentuk menghiburkan.

Garapan idea zaman Melaka dan zaman teknolgi sekarang membuat menjadikan pementasan ini amat dekat dengan remaja, supaya ia tidak bosan untuk ditonton.

Fakta sejarah tentang perabadan Melayu zaman dahulu disampaikan dalam dialog Tuah, Jebat yang tidak pernah dipedulikan remaja zaman sekarang menjadi konflik kepada teater ini.

Wira Alam Maya ’menampilkan barisan pelakon yang telah diasuh oleh Persatuan Teater Alor Setar (PENTAS) antaranya, Awie (Hang Tuah), Adam Irfan (Hang Jebat), Syafiqah (Tun Teja), Fatihah (Inang Al – Alen), Iklima Hawa (Iky), Teja Nur Madinah (Sky), Khairil Azwardy (Orang Tua), Iman Fansuri (Tun Mamat), Haiqal (Hulubalang), Kiesya (Hulubalang), Bob Zaafarani (Gergasi), dan Don & Abid (Anak Gergasi).

Teater ini dianjurkan oleh PENTAS dengan kerjasama JKKN Kedah dan Menara Alor Setar telah memberikan satu gelombang baharu teater di utara tanah air.

Mengulas lanjut, Joe K.A.S berkata, sambutan teater ini sangat menggalakkan sehinggakan tiket habis dijual, dan terhad disebabkan auditorium tidak dapat menampung pertambahan penonton.

“Untuk perancangan akan datang dan bagi mengatasi masalah ini, tambahan slot show akan dibuat pada sebelah petang atau menambahkan hari persembahan.

“PENTAS akan terus menggiatkan seni teater di Kedah dengan melahirkan lebih ramai bakat-bakat baharu yang terdiri dari kanak-kanak dan remaja.

“Apabila dipupuk sejak awal, mudah untuk melatih minda, membentuk jati diri dalam meminati serta menghargai seni teater, ”katanya.

Ujarnya, teater juga merupakan salah satu cara menyebarkan mesej kepada masyarakat dengan idea yang lebih segar dan PENTAS akan berusaha sedaya upaya mencetus inspirasi dalam generasi muda bagi terus menghidupkan industri itu. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat