MOVA dan Lazada umum kerjasama rasmi, bawa era baharu ganjaran Digital di Malaysia

Dunia e-dagang Malaysia hari ini menyaksikan satu lagi pencapaian penting apabila aplikasi cashback terkemuka, MOVA, mengumumkan kerjasama rasmi dengan Lazada bersempena majlis pelancaran platform baharu Lazada di Menara Ecoworld, Kuala Lumpur. Pengumuman ini bukan sekadar pelancaran biasa, sebaliknya menjadi simbol bagaimana inovasi teknologi kewangan dan platform e-dagang dapat bergabung untuk memberikan nilai tambah kepada pengguna serta peluang lebih luas kepada peniaga.

Menurut Ketua Pegawai Operasi MOVA Asia Tenggara, Firman Chen, kerjasama dengan Lazada ini merupakan langkah strategik yang akan membawa manfaat berganda kepada pengguna dan peniaga. “Setiap transaksi yang dibuat melalui aplikasi MOVA akan memberi pulangan tunai kepada pengguna. Lazada menyediakan komisen tambahan kepada kami, dan komisen itu kami kembalikan kepada pengguna dalam bentuk cashback. Dalam sesetengah kategori, ia boleh mencecah sehingga 30 hingga 35 peratus, bergantung kepada jenama dan kempen yang sedang berlangsung,” jelas beliau.

Kerjasama ini pada masa yang sama sedang melalui fasa terakhir integrasi teknikal melalui API bagi memastikan pengalaman pengguna kekal lancar. Sekiranya proses ini berjalan tanpa sebarang masalah, pengguna Lazada bakal mula menikmati pulangan tunai terus melalui aplikasi MOVA dalam masa terdekat. Bagi MOVA, inisiatif ini bukan sekadar membuka pintu masuk baharu, tetapi membina ekosistem digital yang lebih menyeluruh di mana setiap pembelian mampu memberikan nilai berganda kepada pengguna.

Sejak ditubuhkan, MOVA telah berkembang menjadi salah satu aplikasi cashback paling pesat berkembang di Malaysia. Dengan lebih daripada 400,000 pengguna berdaftar dan sekitar 150,000 pengguna aktif setiap hari, aplikasi ini kini mencatat antara 40,000 hingga 50,000 transaksi harian hasil integrasi dengan platform besar seperti Shopee dan TikTok Shop.

Lebih menarik, terdapat kisah kejayaan individu yang menggunakan sistem affiliate MOVA dengan cemerlang, sehingga mampu menjana pendapatan melebihi RM100,000 dalam tempoh hanya dua bulan. Perkembangan ini membuktikan bahawa MOVA bukan sekadar aplikasi penjimatan, tetapi juga mampu menjadi platform yang menjana peluang pendapatan tambahan kepada rakyat.

Namun kejayaan sedia ada tidak membuatkan MOVA selesa. Firman Chen, menegaskan bahawa untuk tahun ini, MOVA menetapkan sasaran besar iaitu 80 peratus rakyat Malaysia menggunakan aplikasi ini. Menurutnya, sasaran ini mungkin tampak tinggi tetapi realistik memandangkan trend belian dalam talian semakin meningkat dan kesedaran masyarakat terhadap konsep cashback semakin meluas.

Beliau yakin bahawa melalui kerjasama strategik bersama platform besar seperti Lazada, serta promosi berterusan dengan Shopee dan TikTok Shop, hasrat untuk menjadikan MOVA sebagai aplikasi pilihan majoriti rakyat Malaysia bukanlah sesuatu yang mustahil.

Dalam sidang media itu, Firman Chen, juga menepis persepsi salah sesetengah pihak yang mengaitkan MOVA dengan skim “money game” atau MLM. Beliau menegaskan bahawa model perniagaan MOVA adalah sah, telus dan berasaskan konsep affiliate marketing yang telah lama diiktiraf dalam industri e-dagang global. Semua cashback yang diterima pengguna datang daripada komisen affiliate yang sah hasil jual beli sebenar di platform e-dagang rasmi, bukannya skim pelaburan atau permainan wang.

“Kami mahu masyarakat faham bahawa setiap sen yang diterima pengguna adalah hasil transaksi jual beli yang benar, bukan manipulasi wang. Ini adalah value sebenar yang kami bawa,” tambahnya.

MOVA juga sedang giat memperkukuh kepercayaan masyarakat dengan berusaha mendapatkan pengiktirafan patuh syariah di Malaysia. Syarikat menegaskan bahawa cashback yang ditawarkan tidak melibatkan unsur riba kerana ia merupakan pulangan daripada transaksi jual beli sebenar.

Malah, terdapat cadangan untuk menyediakan dua versi platform iaitu konvensional dan mesra syariah agar pengguna Muslim mempunyai pilihan yang selari dengan keperluan mereka. Inisiatif ini membuktikan bahawa MOVA bukan sahaja mementingkan keuntungan, tetapi juga tanggungjawab sosial dan keagamaan terhadap pengguna.

Sebagai sebuah syarikat, MOVA beroperasi secara sah dan telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Segala keperluan undang-undang untuk menubuhkan perniagaan di negara ini telah dipenuhi, termasuk pematuhan peraturan berkaitan operasi aplikasi digital dan transaksi kewangan. Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan syarikat ini melalui portal rasmi SSM e-Info yang terbuka untuk semakan awam.

MOVA turut menekankan bahawa pihaknya sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi tujuan audit, pemantauan, atau semakan rekod, sekaligus menolak tanggapan bahawa ia beroperasi secara tidak sah. Dari aspek keselamatan, aplikasi ini menggunakan piawaian teknologi yang ketat untuk melindungi data dan transaksi pengguna, memastikan keyakinan masyarakat terjamin.

Dengan asas yang kukuh, kerjasama MOVA bersama Lazada diyakini akan memberi impak besar terhadap landskap ekonomi digital negara. Ia memberi kuasa beli lebih tinggi kepada pengguna, membantu peniaga meningkatkan kadar penjualan, serta merancakkan lagi peredaran ekonomi dalam talian. Pada masa yang sama, kejayaan MOVA membuktikan bahawa syarikat teknologi tempatan mampu bersaing dan menjadi sebahagian penting dalam pembangunan ekonomi digital serantau.

Pelancaran rasmi MOVA x Lazada ini sekali gus membuka era baharu dalam dunia ganjaran digital di Malaysia. Bagi pengguna, ia adalah peluang untuk berjimat sambil berbelanja. Bagi peniaga, ia adalah platform untuk mendekati pelanggan dengan cara yang lebih kreatif. Dan bagi negara, ia adalah langkah penting menuju masyarakat digital yang lebih inklusif, cekap, dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi MOVA untuk menjadi aplikasi cashback pilihan majoriti rakyat Malaysia menjelang akhir tahun ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat