Dakwaan Gangguan Seksual, Bapa Pelakon Remaja Ditahan Reman 7 Hari

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bapa kepada seorang pelakon remaja perempuan yang sebelum ini mendakwa diganggu secara seksual oleh lelaki itu direman tujuh hari untuk siasatan lanjut, lapor portal Sinar Harian.

Menurut laporan itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan suspek berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.25 petang di Kedah.

“Suspek yang diberkas merupakan bapa kandung kepada mangsa. Polis turut merampas sebuah telefon bimbit daripada suspek.

“Rampasan akan dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dianalisa,” katanya.

Tambahnya lagi, semakan dijalankan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Hasil saringan dijalankan juga mendapati suspek negatif dadah,” katanya.

Pada Isnin, seorang pelakon remaja berusia 15 tahun membuat laporan polis pada jam 10.25 malam dan mendakwa telah diganggu secara seksual oleh bapanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat