Bahasa Melayu Bergema Di Bumi Australia, PM Ucap Tahniah Kepada Sam Lim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bangga menyaksikan Bahasa Melayu dimartabatkan di pentas dunia apabila Sam Lim menyampaikan ucapan di Parlimen Australia.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Sam Lim atas pelantikan anak kelahiran Muar, Johor itu sebagai Ahli Parlimen Tangney di Perth.

“Saya bangga melihat Bahasa Melayu dimartabatkan di pentas dunia oleh Sam Lim ketika menyampaikan ucapan sulung beliau di Parlimen Australia.

“Tahniah atas pelantikan sebagai Ahli Parlimen Tangney di Perth dan selamat berkhidmat,” ciap Perdana Menteri kepada Sam Lim.

Sam Lim anak jati Muar itu hari ini menyampaikan ucapan pertamanya sebagai ahli Parlimen Tagney di Dewan Perwakilan Australia sempat menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikan dalam bahasa Melayu.

Sam Lim, 61, dari Australian Labor Party (ALP) yang berucap kira-kira 20 minit juga menekankan kepentingan mempromosi keamanan bukan sahaja kepada Australia namun juga membabitkan negara jiran.

Beliau sebelum ini menewaskan calon Liberal, Ben Morton dengan margin 9.5 peratus, dalam pilihan raya umum Persekutuan, Mei lalu.

“Kepada semua saudara yang berada di Malaysia, Australia dan seluruh pelusuk dunia, terima kasih atas semua perhatian dan berkat yang anda berikan kepada saya.

“Terima kasih atas semua dokongan dan bantuan anda semasa pilihan raya di Australia, terima kasih semua,” katanya yang menyampaikan ungkapan itu dalam bahasa Melayu dan Cina.

Pada masa sama, Lim yang mula berhijrah ke Perth, pada 2002, berkata pihaknya mahu melihat Australia sebagai simbol keamanan (beacon of peace) dan kepentingan menjaga hubungan baik dengan negara jiran iaitu Asia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat