Wanita Lega Barang Kemas RM70,000 Ditemui Semula Di Tapak Pelupusan Sampah

- Advertisement -

PETALING JAYA – Seorang wanita menarik nafas lega apabila barang kemas bernilai kira-kira RM70,000 yang dibuang secara tidak sengaja ditemui semula dengan bantuan beberapa pekerja syarikat konsesi pembersihan, Environment Idaman (E-Idaman), di Sik, Kedah.

Kejadian berlaku selepas ahli keluarga wanita berkenaan dipercayai membuang bekas menyimpan barang kemas itu, bersama sampah lain di rumahnya di Sik, semalam.

Sumber berkata, proses mencari barang kemas itu bermula pada 8 pagi dan ditemui semula kira-kira 30 minit kemudian.

Kata sumber itu, semua barang kemas tersebut masih tersimpan dalam bekas yang ditemui itu.

“Sebelum ke depoh itu, wanita berkenaan dikatakan pergi ke tapak pelupusan sampah di Kulim untuk mencari barang kemas miliknya. Namun apabila mendapat tahu sampah itu belum sampai di Kulim, mereka pergi ke depoh di Sik.

“Mujur kawasan rumah keluarga itu menjadi lokasi terakhir kutipan sampah dilakukan semalam. Disebabkan itu tidak banyak sampah yang perlu dikeluarkan dan proses pencarian hanya mengambil masa kira-kira 30 minit,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Kejadian itu tular di media sosial dengan warganet menganggap keluarga berkenaan bernasib baik apabila menemukan semula barang kemas milik mereka.

Menerusi video berdurasi 2 minit 50 saat, kelihatan seorang wanita lega dapat menemukan semula barang kemas itu dan beberapa kali mengucapkan terima kasih kepada petugas E-Idaman yang membantunya.

Sumber itu memaklumkan, wanita berkenaan difahamkan menyedari ahli keluarganya tersilap membuang bekas simpanan barang kemas itu semalam.

“Mereka sebelum itu cuba mencari dalam tong sampah tempat barangan berharga itu dibuang namun telah dikutip oleh pekerja E-Idaman,” katanya.

Sumber itu berkata, pekerja terbabit kemudian memunggah semula sampah yang diselongkar untuk dihantar ke pusat pelupusan sampah di Kulim. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat