Agong berkenan undi percaya PM tidak dilaksana

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan supaya usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dilaksanakan dalam sidang Parlimen akan datang.

Perkenan itu disampaikan oleh Perdana Menteri sendiri dalam mesyuarat pertama Kabinet pada 1 September lalu,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Wan Tuanku Jaafar.

Menurut beliau tiada keperluan untuk mengemukakan usul undi percaya terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di Parlimen bagi menentukan keabsahan pelantikannya.

Ujar Wan Junaidi keabsahan pelantikan Ismail Sabri tidak perlu dipertikaikan lagi.

Katanya, ini memandangkan pelantikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan menetapkan kuasa melantik Perdana Menteri di bawah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Jadi sebenarnya apabila Perdana Menteri menghadap Agong maksudnya beliau mendapat perkenan Tuanku.

“Maka tidak perlu diadakan itu (undi percaya) sebab pelantikan itu baru sangat. Kalau dari sudut Perlembagaan saya secara peribadi bahawa Perlembagaan telah memberikan kuasa yang besar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik seorang Perdana Menteri berlandaskan kepercayaan bahawa beliau mempunyai satu sokongan majoriti yang mencukupi.

“Pada ketika itu 114 sokongan dan ini bukan anggapan lagi, mereka memang bersemuka dengan Duli Tuanku setiap orang ahli Parlimen itu mereka menyokong.

“…jadi dalam tempoh yang singkat saya tidak melihat bahawa orang ini terus bertukar pendirian untuk tidak menyokong pada persidangan Parlimen yang akan datang, kalau dalam tempoh 6, 7 bulan macam itu saya berfikir mungkinlah perubahan pemikiran itu berlaku. Tetapi dalam masa yang singkat Perdana Menteri baru duduk di kerusi dia takkan perkara ini berlaku.

“…dan berlandaskan itu Tuanku berkenan bahawa tidak perlulah diadakan undi tidak percaya itu dilaksanakan lagi, Perdana Menteri yang bagitahu saya semasa mesyuarat Kabinet pertama,” jelas Wan Junaidi dalam sidang media di Putrajaya pada Selasa.

Beliau menambah usul undi percaya ini pernah dilakukan Perdana Meneteri sebelum ini contohnya Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Badawi ia hanya bertujuan untuk memuaskan hati sahaja.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat