Tiada hak eksklusif urus buangan terjadual – KP JAS

Shima bebas COVID-19

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Highland Tower dan Jangan Pandang Belakang Boleh, Shima Anuar akhirnya bebas jangkitan pandemik COVID-19 selepas seminggu menjalani kuarantin di rumah. Shima...

‘Buka tudung, no way!’ – Mia Sara

KUALA LUMPUR: Pelakon remaja, Mia Sara Nasuha, 16, mendedahkan masih ada syarikat produksi memintanya membuka tudung, sedangkan dirinya sudah berhijab sejak lima tahun lalu. Atas...

‘Rumah’ mata air panas

JEPUN antara destinasi yang menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia jika melancong. Tanyalah sesiapa saja yang pernah menjejakkan kaki ke negara matahari terbit itu pasti ingin...

Keindahan di bumi Mozart

KEINDAHAN alam semula jadi di lokasi pengambaran filem The Sound of Music, lakonan Julie Andrew di Salzburg amat memikat hati untuk ke bumi Austria. Kami...

Tekad pengembara istimewa

"SAYA juga ingin dilayan seperti orang biasa. Perlu diingatkan bahawa layanan 'istimewa' kepada orang kurangáupaya (OKU) bukan bermaksud mengangkat kelas yang lebih tinggi tetapi...

KUALA LUMPUR: Tiada hak eksklusif dilesenkan kepada mana-mana ‘Premis Yang Ditetapkan Buangan Terjadual’ (PYDT BT) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mengendalikan buangan terjadual di negara ini.

Ketua Pengarah JAS Norlin Jaafar menegaskan, setakat ini, jabatan itu telah melesenkan Kemudahan Pemerolehan Kembali, Pengolahan dan Pelupusan Terjadual di seluruh negara yang melibatkan 406 kemudahan (PYDT BT) dan 343 pengangkut.

“Ia bagi memastikan pengurusan buangan terjadual adalah berkesan dan memenuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.

“Semua industri dan punca yang menghasilkan buangan terjadual hendaklah menguruskan buangan berkenaan dengan sempurna dari segi notifikasi, maklumat ciri buangan, penstoran, pelabelan, inventori dan maklumat pergerakan buangan terjadual,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Norlin berkata pengurusan buangan perlu direkodkan melalui sistem dalam talian iaitu Sistem Maklumat Elektronik Buangan Terjadual atau eSWIS, selaras dengan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Semalam, tular di media sosial mengenai dakwaan kerajaan memberi hak eksklusif kepada beberapa syarikat untuk mengumpul sisa terjadual dan syarikat terlibat mengenakan bayaran tinggi terhadap premis yang ingin mendapat perkhidmatan tersebut.

Norlin turut menegaskan JAS tidak terlibat dalam penetapan kos dan sebarang bayaran yang dikenakan ke atas pengeluar buangan adalah ditetapkan oleh PYDT BT yang telah dilesenkan.

Beliau berkata, hak eksklusif yang pernah diberikan kerajaan adalah bagi operasi ‘Centralized Integrated Scheduled Waste Management Centre’ kepada Kualiti Alam Sdn Bhd selama 15 tahun bermula 1 Mac 2000 dan telah tamat pada 28 Feb 2015.

Tambahnya, kerajaan bercadang untuk membina lima kemudahan pengurusan sisa bersepadu di Johor, Perak, Terengganu, Sabah dan Pulau Pinang bagi memastikan sisa buangan berjadual dapat diurus dengan lebih baik dan sempurna.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Hujan lebat ubah struktur tanah akibatkan paip patah -Ranhill SAJ

JOHOR BAHRU- Kejadian hujan lebat secara berterusan sejak seminggu lalu telah menyebabkan perubahan struktur tanah di kawasan tangki Bukit Kempas 2 dan menyumbang kepada...

Berita Berkaitan

Dewan Baharu PKRC2.0 Dijangka Beroperasi Petang Ini

KUALA LUMPUR: Dewan baharu di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang dijangka mula...

Lelaki asyik guna telefon bimbit ditahan langgar sekatan jalan raya

KUALA LUMPUR: Akibat asyik menggunakan telefon bimbit ketika memandu, seorang lelaki ditahan selepas melanggar sekatan jalan raya Op COVID-19 di Jalan Klang Lama di...

Amaran cuaca buruk di pantai barat Sabah sehingga Selasa – MetMalaysia

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk, dengan hujan lebat dijangka berterusan berlaku di kawasan pantai barat Sabah sehingga esok (19...