Saya Terbuka Dengan Pandangan Rahman Dahlan -Bung Mokhtar

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Dato Seri Bung Mokhtar Radin, menyatakan beliau terbuka dengan pandangan dan kritikan oleh Datuk Seri Panglima Abd Rahman Dahlan terhadap terhadap dirinya.

Sebagai seorang pemimpin kita kena berjiwa besar kerana keutamaan perlu diberikan untuk menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

“Saya tidak melihat komen-komen dan lontaran yang dibuat oleh Datuk Rahman Dahlan sebagai satu ancaman terhadap dirinya sebagai ketua pimpinan,

“Saya dan Presiden UMNO mengambil iktibar apa yang berlaku, kita membuat pertemuan agar segala isu yang telah terjadi dilupakan. Sejarah tetap sejarah, kita tidak boleh hidup dalam sejarah hitam, kita harus keluar dan jentera parti kena bergerak ke hadapan”, katanya ketika ditemubual oleh SuaraTV.

Bung juga menjelaskan, ini kreteria utama untuk menang, kita mesti bersatu dalam menghadapi PRN ini, parti pasti akan kalah jika pimpinan dan jentera parti berpecah belah.

“Sebagai ketua, saya tidak kisah sangat dengan pandangan berbeda-beda, yang penting kita faham matlamat kita dan perjuangan kita untuk menang dalam PRN Sabah yang akan datang ini”, Ujarnya.

link: https://www.facebook.com/watch/?v=648874452693907&extid=EgKq0a2YbbyQl1DF

Terdahulu pada Ogos lepas, beberapa ketua UMNO bahagian Sabah membantah pelantikan Bung Moktar sebagai Ketua Jentera Pilihan Raya parti itu pada PRN Sabah.

Wakil kumpulan itu, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, dilaporkan berkata, pemimpin yang menjadi Ketua Jentera Pilihan Raya mestilah bebas daripada persepsi negatif yang boleh dimanipulasi oleh pihak lawan. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat